Thursday, June 18, 2009

Keluarga Bahagia









Masyarakat hari ini disajikan dengan pelbagai berita gejala sosial membabitkan generasi muda tidak kurang juga dari generasi tua, seperti ibu tanpa nikah, seks bebas, penagihan dadah, khalwat, tinggal bersama tanpa nikah, lari dari rumah, kahwin/nikah di sempadan negara dan sebagainya lagi.
Isu ini mengambarkan kepada kita bahawa institusi kekeluargaan mula retak dan ini akan menimbul masalah yang lebih besar jika tidak diberi perhatian oleh semua pihak, terutama individu itu sendiri, ibubapa, pemimpin masyarakat dan pihak-pihak yang berkaitan.
Sebahagian masyarakat hari ini, memandang remeh dan mengambil mudah berhubung isu pernikahan di sempanan dan pembentukan keluarga sedangkan, pernikahan itu adalah langkah permulaan kepada pembentukan institusi keluarga.
Dalam membentuk sebuah keluarga, pemilihan calon pasangan samaada lelaki atau perempuan adalah cukup penting, terutamanya mestilah seorang yang beriman, berpengetahuan dalam bidang agama dan mempunyai kerjaya, memiliki ciri-ciri kepimpinan dan sifat-sifat keibuan. Kerana kegagalan memilih calon yang sesuai akan membawa kepada kegagalan dalam membina sebuah keluarga bahagia.
Apa yang selalu kita dengar hari ini, dari mulut-mulut yang mencari pasangan untuk berkahwin ialah susah nak cari calon yang sesuai dan berkarisma serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Ini mengambarkan sebahagian masyarakat kita lelaki atau wanita semakin terhakis jati diri dan nilai- nilai kecemerlangan.
Apa yang mampu kita lakukan ialah mesti istiqamah dalam membentuk diri sendiri dan keluarga agar mampu melahirkan insan-insan cemerlang dengan harapan generasi akan datang hidup dengan aman dan tenang serta mampu mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Selamat berbahagia saudara-saudaraku…..

OH AYAH

Oh ayah
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu

Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
Apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia masa
Sentuhanmu amat bermakna..
SELAMAT HARI BAPA....

ASAS ALAT SIARAYA.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini saya ingin membicarakan dan berkongsi pengalaman saya, khususnya dalam bidang pemasangan Alat Siaraya. Saya berharap agar pengalaman ini dapat dikongsi bersama dan saya amat mengalu alukan pendapat2 yang baik dan bernas.

Alat Siaraya terdiri daripada berbagai bentuk dan saiz , daripada sistem yang sangat terperinci seperti yang digunakan di stadium besar sehingga ke sistem yang paling ringkas seperti sebuah set Karaoke yang biasa digunakan di dalam rumah.Alat Siaraya dikelaskan kepada 3, Regular Audio System ( RAS), Semi Audio System ( SAS ) dan Fully Audio System ( FAS ).

Berikut adalah contoh PA yang paling asas (RAS).
Keperluan :-

1) 1 Buah speaker
2) 1 Buah Amplifier ( TOA 512A)
3) 1 Buah Mikrofon ( SM 58)
4) 1 Kabel Mic
5) 1 Kabel Speaker
6) Punca Bekalan Elektrik

Sambungan diantara peralatan ASR adalah sangat mudah dan ringkas. Perkara paling penting untuk diingati ketika menyambungkan sebarang saiz dan jenis ASR adalah arah input dan output. Bermula dari isyarat bunyi (mulut/microfon ) , kemudian dari mikrofon terus ke penguat (amplifier) , seterusnya suara melalui pembesar suara (speaker). Hasilnya isyarat bunyi tadi akan lebih kuat dan mudah untuk didengari oleh orang ramai.
Secara ringkas apa yang harus diingati adalah setiap sambungan kearah input (ke Amp) merupakan peralatan yang datang dari arah isyarat bunyi (spt mikrofon) sementara sambungan ke output ( drpd Amp ) seharusnya akan menuju ke speaker.


IBU KAU YANG TERISTIMEWA...





Aku lahir dari perut ibu…
Bila dahaga, yang susukan aku….ibu

Bila lapar, yang suapkan aku….ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….ibu

Bila bangun tidur, aku cari….ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang….ibu
Bila nak bermanja, aku dekati….ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….ibu
Bila nakal, yang memarahi aku….ibu

Bila merajuk, yang memujukku cuma….ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….ibu
Bila sedih, aku mesti telefon….ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….ibu
Bila bengang, aku suka luah pada….ibu

Bila takut, aku selalu panggil….”ibuuuuuuu”
Bila sakit, orang paling risau adalah….ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu….ibu
Bila ada masalah, yang paling risau….ibu

ibu oh ibu....tanpa ibu,tiadalah aku...bagaimanalah keadaan ku seandainya pertama kali membuka mata, mengenali dunia, ibu tiada disisi....
ibu, maafkanlah segala kesilapanku,halalkanlah makan minumku dan doakanlah kebahagianku di dunia dan akhirat....

Salam sayang dariku khas buat ibu tercinta " FATIMAH BT SAID "

Wednesday, June 17, 2009

runtuhnya stadium sultan mizan.


Tanggal 2 Jun 2009 Rakyat Terengganu dikejutkan dengan Kejadian Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai juataan ringgit dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.
Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter.
Ia menempatkan pintu masuk utama ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).
Menurut seorang saksi di tempat kejadian, kira kira jam 9.30 pagi, terdengar bunyi kuat seperti kapal terbang, tetapi tiba tiba bumbung stadium yang runtuh.
Menjadi harapan rakyat agar pihak Kerajaan Terengganu segera menyiasat dan mengenakan tindakan tegas kepada " yang terlibat dan bersalah "