Thursday, June 18, 2009

Keluarga Bahagia









Masyarakat hari ini disajikan dengan pelbagai berita gejala sosial membabitkan generasi muda tidak kurang juga dari generasi tua, seperti ibu tanpa nikah, seks bebas, penagihan dadah, khalwat, tinggal bersama tanpa nikah, lari dari rumah, kahwin/nikah di sempadan negara dan sebagainya lagi.
Isu ini mengambarkan kepada kita bahawa institusi kekeluargaan mula retak dan ini akan menimbul masalah yang lebih besar jika tidak diberi perhatian oleh semua pihak, terutama individu itu sendiri, ibubapa, pemimpin masyarakat dan pihak-pihak yang berkaitan.
Sebahagian masyarakat hari ini, memandang remeh dan mengambil mudah berhubung isu pernikahan di sempanan dan pembentukan keluarga sedangkan, pernikahan itu adalah langkah permulaan kepada pembentukan institusi keluarga.
Dalam membentuk sebuah keluarga, pemilihan calon pasangan samaada lelaki atau perempuan adalah cukup penting, terutamanya mestilah seorang yang beriman, berpengetahuan dalam bidang agama dan mempunyai kerjaya, memiliki ciri-ciri kepimpinan dan sifat-sifat keibuan. Kerana kegagalan memilih calon yang sesuai akan membawa kepada kegagalan dalam membina sebuah keluarga bahagia.
Apa yang selalu kita dengar hari ini, dari mulut-mulut yang mencari pasangan untuk berkahwin ialah susah nak cari calon yang sesuai dan berkarisma serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Ini mengambarkan sebahagian masyarakat kita lelaki atau wanita semakin terhakis jati diri dan nilai- nilai kecemerlangan.
Apa yang mampu kita lakukan ialah mesti istiqamah dalam membentuk diri sendiri dan keluarga agar mampu melahirkan insan-insan cemerlang dengan harapan generasi akan datang hidup dengan aman dan tenang serta mampu mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Selamat berbahagia saudara-saudaraku…..

0 comments: